
BINTULU: Kerja ‘gabion’ akan dijalankan di Taman Tumbina, mulai 6 hingga 30 Mac ini bagi menangani masalah hakisan cerun di kawasan tersebut.
Menurut kenyataan daripada, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), projek itu bertujuan meningkatkan kestabilan cerun serta memastikan keselamatan pengunjung dan pengguna jalan raya di sekitar kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan sepanjang tempoh kerja dijalankan.
Antaranya termasuk mematuhi papan tanda dan arahan, memandu dengan berhati-hati serta mengurangkan kelajuan berhampiran kawasan kerja, mengelakkan kawasan larangan bagi pejalan kaki, serta bersedia untuk kemungkinan gangguan bunyi dan pergerakan trafik.
BDA menzahirkan rasa terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Oleh Carolyne Utih