Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerja baik pulih paip utama jejas trafik di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Kerja baik pulih paip utama jejas trafik di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
WASPADA… Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Batu 7, Jalan Miri-Bintulu dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal berikutan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih paip utama oleh Sarawak Water Sdn Bhd yang akan menyebabkan gangguan trafik di kawasan berkenaan.

MIRI: Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Batu 7, Jalan Miri-Bintulu dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal berikutan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih paip utama oleh Sarawak Water Sdn Bhd yang akan menyebabkan gangguan trafik di kawasan berkenaan.

Kerja-kerja awal bagi operasi baik pulih di lokasi yang terjejas kini sedang giat dijalankan oleh pihak berkaitan bersama kontraktor yang dilantik.

Menurut kemas kini yang dikeluarkan oleh Sarawak Water Sdn Bhd pada 12.00 tengah hari tadi, pasukan di lapangan sedang melaksanakan beberapa kerja awalan termasuk penyediaan tapak ruang kerja serta penggalian bagi mengenal pasti lokasi sebenar kebocoran yang berlaku.

“Tinjauan udara menggunakan dron yang dilakukan sebentar tadi turut menunjukkan segala perancangan berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan walaupun cuaca panas pada ketika ini.

“Pihak yang terlibat memaklumkan bahawa komitmen penuh terus diberikan bagi memastikan proses baik pulih dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan demi memulihkan keadaan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TINJAUAN udara menunjukkan kerja-kerja baik pulih paip utama di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, pihak berkenaan melahirkan kebimbangan terhadap tindakan segelintir pengguna jalan raya yang didapati memandu sambil merakam aktiviti baik pulih menggunakan telefon bimbit ketika melalui kawasan tersebut.

“Tindakan itu bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan pemanduan, malah berisiko menyebabkan kemalangan yang boleh membahayakan diri sendiri, pengguna jalan raya lain serta petugas yang sedang menjalankan tugas di lokasi,” tegasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu, selain mengelakkan penggunaan telefon bimbit semasa melalui kawasan kerja baik pulih.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan kelancaran operasi serta keselamatan bersama sepanjang tempoh kerja-kerja baik pulih dijalankan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kerjasama premis perniagaan lancarkan pelaksanaan SKAS
Next: Laluan Pan Borneo berhampiran MDS Mall Bekenu ditutup sementara 12 Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.