Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta terbakar selepas bertembung van
  • KEMALANGAN

Kereta terbakar selepas bertembung van

Utusan Sarawak 7 months ago
MUSNAH… Keadaan kereta yang terbakar setelah bertembung dengan sebuah van di Jalan Stakan, Kota Sentosa.

KUCHING: Sebuah kereta terbakar selepas bertembung dengan sebuah van dalam sebuah kemalangan di Jalan Stakan, Kota Sentosa di sini, awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung insiden pada 4.34 pagi.

Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dengan kekuatan anggota seramai 12 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikejarkan ke lokasi bagi melakukan operasi pemadaman.

”Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton BLM terbakar 100 peratus akibat kemalangan dengan sebuah van jenis Vanatte.

”Kemudian, PKO melakukan pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula (hosereel) satu nozel sumber air dari pam jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Operasi SAR warganegara Myanmar dilapor terjatuh sungai disambung semula pagi tadi
Next: Kenderaan milik Jabatan Imigresen terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.