Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta terbakar, dua orang selamat
  • KEBAKARAN

Kereta terbakar, dua orang selamat

Utusan Sarawak 4 months ago

Sebuah kereta musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melanggar tembok parit di Pusingan-P Kampung Singai, Jalan Bau-Kuching

BAU: Sebuah kereta musnah terbakar selepas terlibat dalam kemalangan melanggar tembok parit di Pusingan- P Kampung Singai, Jalan Bau-Kuching, Lebuh Raya Pan Borneo di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.29 pagi, sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian. 

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kenderaan sedang terbakar dalam anggaran kemusnahan 90 peratus akibat daripada kemalangan melanggar tembok parit. 

“Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan bahawa terdapat dua mangsa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, berada di dalam kereta tersebut.

“Kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya. 

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan orang awam. 

Continue Reading

Previous: Lima kereta musnah kebakaran bengkel 
Next: Pemandu selamat, lori muatan sawit terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.