Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kereta terbakar, dua anggota tentera berjaya selamatkan diri
  • Tengah
  • WILAYAH

Kereta terbakar, dua anggota tentera berjaya selamatkan diri

Utusan Sarawak 3 months ago
SEBUAH kereta yang dinaiki dua anggota tentera terbakar sepenuhnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, awal pagi tadi.

SIBU: Dua anggota tentera sempat menyelamatkan diri sebelum kenderaan yang mereka naiki terbakar dalam kejadian di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 5.59 pagi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic sedang terbakar sepenuhnya.

“Komander operasi kemudian melakukan penilaian sebelum mengarahkan anggota bertugas untuk memadam kebakaran menggunakan dua salur bantu mula pam dari tangki jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba menamatkan operasi pada 6.30 pagi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 32 kanak-kanak dapat khidmat gunting rambut percuma, wang saku sekolah
Next: Remaja ditahan dalam operasi samseng jalanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.