Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta sedan terbakar berhampiran SK Pusat Lawas
  • KEBAKARAN

Kereta sedan terbakar berhampiran SK Pusat Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
MUSNAH TERBAKAR…Anggota Bomba dilihat sedang mengawal kebakaran yang melibatkan enjin kereta di kawasan berhampiran SK Pusat Lawas.  

LAWAS: Sebuah kereta jenis sedan terbakar pada bahagian enjin dalam satu kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pad 8.27 pagi.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan sebuah kereta yang mengalami kemusnahan sepenuhnya pada bahagian enjin.

“Pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran dalam operasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Operasi ditamatkan pada 8.50 pagi selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Rumah teres dua tingkat terbakar 60 peratus di Kota Samarahan, empat penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.