Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta rempuh pagar rumah
  • KEMALANGAN

Kereta rempuh pagar rumah

Utusan Sarawak 12 months ago
ROSAK… Keadaan pagar sebuah rumah rosak akibat kemalangan di Lorong Jati 1B, Senadin di Miri.

MIRI: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya merempuh pagar sebuah rumah di Lorong Jati 1B, Senadin di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada hari yang sama sekitar 10.00 pagi.

“Siasatan awal kejadian kemalangan ini mendapati pemandu tersebut cuba mengelak kenderaan yang berada di hadapan.

“Kejadian itu menyebabkan kenderaan yang dipandu terbabas dan melanggar dinding konkrit serta pagar besi sebuah rumah di Lorong Jati 1B,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan kenderaan tersebut rosak pada bahagian hadapan.

Bagaimanapun Alexson berkata kemalangan berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, pihak polis membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-kaedah Jalan Raya 1959 berdasarkan laporan yang diterima.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: 19 terselamat bas jatuh gaung
Next: Semua mangsa terselamat, pertembungan lori treler, kenderaan 4WD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.