Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kereta musnah dalam kebakaran berhampiran jejambat Satok
  • KEBAKARAN

Kereta musnah dalam kebakaran berhampiran jejambat Satok

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBUAH kereta musnah dalam kebakaran di hadapan Café Flyover Satok, di sini pagi tadi. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Sebuah kereta musnah dalam kebakaran di hadapan Café Flyover Satok, di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 9.45 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jentera tiba pada 9.56 pagi dan mendapati api sedang marak melibatkan sebuah kenderaan yang sedang terbakar di lokasi berkenaan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan konsep RECEO dengan satu aliran sepanjang 100 kaki serta pancutan nozel Foam Making Branch (FMB) yang dibekalkan oleh pam air tangki jentera.

Api berjaya dikawal pada 10.08 pagi dan dipadamkan sepenuhnya menggunakan buih (foam) sebelum anggota bomba menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Kebakaran mengakibatkan kerosakan 100 peratus pada kenderaan berkenaan namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Operasi ditamatkan pada 10.11 pagi selepas pemeriksaan akhir mendapati keadaan selamat.

Seramai lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) terlibat dalam operasi ini dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba berjaya kawal kebakaran longgokan sampah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.