Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kerani rugi RM62,000 ditipu pegawai ‘Jabatan Kastam Diraja Malaysia’
  • JENAYAH

Kerani rugi RM62,000 ditipu pegawai ‘Jabatan Kastam Diraja Malaysia’

Utusan Sarawak 2 years ago

MIRI: Seorang  kerani warga asing di sini mengalami kerugian RM62,000 selepas  ditipu oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner (ACP)  Alexson Naga Chabu berkata,  pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu yang dibuat mangsa merupakan seorang lelaki, 40, kelmarin.

Katanya, mangsa  terpedaya ketika melakukan urusan pembelian barangan sukan melalui laman sosial Instagram.

“Setelah barang itu dihantar menggunakan perkhidmatan pos, suspek yang mengaku daripada pihak kastam telah menghubungi mangsa.

“Suspek mengatakan  terpaksa ditahan kerana terlibat dengan barangan seludup dan perlu membuat bayaran bagi pelepasan daripada tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Alexson,  mangsa yang panik dan risau, telah membuat 13 kali transaksi kewangan berjumlah RM62,000 ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Mangsa menyedari dirinya tertipu ketika menceritakan perkara itu kepada ahli keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Alexson menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan pembelian atas talian khasnya daripada laman sosial.

“Jangan mempercayai pemanggil yang mengaku sebagai pihak penguat kuasa, apatah lagi yang meminta bayaran secara atas talian.

“Orang ramai juga dinasihati untuk segera menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber dan telah membuat transaksi pindahan wang,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling 

Continue Reading

Previous: 26 operator pengendalian perjudian atas talian di Padawan direman 14 hari
Next: Doktor cuai atas kematian isteri bekas pemain hoki negara – Mahkamah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.