Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan turut tumpu prasarana mesra warga emas
  • TEMPATAN

Kerajaan turut tumpu prasarana mesra warga emas

Utusan Sarawak 7 months ago

Simbolik... Dr Sim merasmikan pelancaran Bandar Mesra Umur di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini hari ini, sambil disaksikan oleh Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng (kiri).

KUCHING: Perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan komuniti di negeri ini sedang diperkukuhkan untuk memastikan warga emas di kawasan luar bandar mendapat akses dengan lebih mudah. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, matlamatnya supaya mereka tidak perlu melakukan perjalanan jauh bagi mendapat rawatan perubatan.

“Lebih-lebih lagi, Sarawak telah pun mengambil langkah ke arah pembangunan bandar yang mesra umur.

“Di bandar seperti Kuching, kami melihat kemasukan taman-taman dan kawasan rekreasi yang mesra umur, menyediakan warga emas ruang yang selamat dan boleh diakses untuk berehat dan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

“Taman-taman ini mempunyai laluan pejalan kaki yang tidak licin, kawasan rehat dan peralatan senaman yang direka khusus untuk orang dewasa yang lebih tua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Bandar Mesra Umur di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini hari ini.

Dr Sim berkata komitmen kerajaan Sarawak untuk membina masyarakat mesra umur ditunjukkan lagi melalui pelbagai program peringkat negeri yang bertujuan untuk menggalakkan keterangkuman sosial untuk warga emas. 

Katanya, pelancaran inisiatif Bandar Mesra Umur hari ini hanyalah permulaan perjalanan yang memerlukan komitmen setiap rakyat.

Hadir sama Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Kementerian hasrat taja pereka seni budaya Sarawak ke peringkat antarabangsa
Next: Bekas wartawan, Abang Patdeli diumum penerima Anugerah Sasterawan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.