Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan – PM Anwar
  • KESIHATAN

Kerajaan teliti keperluan struktur semula sistem pembiayaan kesihatan – PM Anwar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang seperti yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan, serta peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025, yang turut dihadiri enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam, pagi ini.

“Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Hala Tuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa, serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.

“Mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 yang dibentangkan Kementerian Ekonomi. Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu,” kata beliau.

– Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Papar harga ubat: Tingkat ketelusan, perkukuh hak pengguna
Next: Nasi goreng tomyam disyaki punca 43 pelajar sekolah keracunan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.