Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kerajaan tangani isu hak kanak-kanak lahir di luar Malaysia – PM
  • GLOBAL

Kerajaan tangani isu hak kanak-kanak lahir di luar Malaysia – PM

Utusan Sarawak 1 year ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar ketika menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Jerman, hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamed Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FotoBERNAMA

BERLIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan.

Beliau berkata, Kabinet telah bersetuju untuk membawa usul mengenai pindaan terhadap Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia ke Parlimen bulan ini.

“Sila ikuti perkembangan di tanah air… soalan anda telah diambil alih oleh peristiwa semasa. Kabinet telah bersetuju untuk membawa perkara itu ke Parlimen bulan ini,” katanya ketika menjawab soalan pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini.

Anwar berkata, pindaan terhadap Perlembagaan berhubung perkara itu akan menoktahkan isu tersebut.

“Ketika ini, ibu bapa membawa maksud bapa. Kami akan memindanya supaya ibu bapa bermaksud ibu atau bapa,” kata Perdana Menteri yang kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari.

Mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh wakil Global Bersih bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara berdepan kesukaran mengundi pada dua pilihan raya umum lepas, Anwar berkata beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti perkara itu.

“Kita kena mudahkan, antaranya pengundian langsung. Misalnya lebihkan pusat-pusat pengundian, kita ada pejabat MIDA, Matrade,” katanya.

Perdana Menteri berkata, SPR juga perlu mengkaji langkah mewujudkan pendaftaran secara automatik untuk pengundi Malaysia di luar negara sama seperti yang diamalkan di tanah air.

Anwar juga berkata, pelajar yang merupakan lulusan dari Jerman mendapat permintaan tinggi dalam kalangan majikan di tanah air kerana syarikat negara itu yang beroperasi di Malaysia biasanya akan mencari mereka. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anwar bertemu Canselor Jerman perkukuh hubungan dua hala, perniagaan
Next: PM Anwar bertemu umat Islam di Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.