Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan setuju bayar wang pendahuluan RM200 sehektar insentif bajak kepada pesawah
  • NASIONAL

Kerajaan setuju bayar wang pendahuluan RM200 sehektar insentif bajak kepada pesawah

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membayar wang pendahuluan RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar Bantuan Khas Insentif Pembajakan kepada 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara bagi mengurangkan bebanan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu, yang dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya hari ini, akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta.

“Ini kerana mereka terpaksa sewa mesin pembajakan. Jadi, program pembajakan itu mesti diteruskan tetapi mereka perlukan modal. 

“Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi,” kata beliau pada sidang media Krisis Bekalan Global di sini hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan amat prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi pesawah susulan kenaikan kos bahan api dan input pertanian berikutan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata setiap keluhan pesawah sentiasa didengari Kerajaan MADANI yang menyalurkan bantuan khas melalui Insentif Pembajakan Kepada Pesawah seperti diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada 14 April lepas. 

“Saudara Mohamad Sabu ditingkatkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar untuk membantu pesawah ekoran kenaikan harga diesel komersial,” katanya.

Anwar juga berkata kerajaan akan terus mencari ikhtiar bagi meringankan beban dan kos yang dihadapi rakyat ketika negara berdepan krisis bekalan global. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Aerotrain KLIA dijangka kembali beroperasi 24 jam hujung bulan ini
Next: Kerajaan setuju bayar wang pendahuluan RM200 sehektar insentif bajak kepada pesawah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.