Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak teruskan program penyukatan tanah NCR selagi diperlukan
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak teruskan program penyukatan tanah NCR selagi diperlukan

Utusan Sarawak 4 hours ago
 DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi kawasan Bintulu di Auditorium BDA, Wisma Bintulu.

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan meneruskan program penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan kampung tradisi selagi masih diperlukan bagi memastikan hak pemilikan tanah rakyat terus diiktiraf serta dilindungi mengikut peruntukan undang-undang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, komitmen itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah secara berperingkat melalui proses penyukatan yang telus, sistematik dan berasaskan bukti yang sah.

“Program penyukatan kampung-kampung tradisi dan penyukatan tanah NCR melalui inisiatif baharu merupakan program berterusan kerajaan.

DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee (kiri) menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi kawasan Bintulu di Auditorium BDA, Wisma Bintulu.

“Ini akan dilaksanakan selagi ia diperlukan kerana kerajaan benar-benar mahu menjaga kebajikan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi kawasan Bintulu di Auditorium BDA, Wisma Bintulu di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelaksanaan Inisiatif Baharu NCR sejak 2010 telah mempercepat proses penyukatan tanah di seluruh Sarawak dengan lebih 1.238 juta hektar berjaya diukur sehingga 31 Mei lalu, berbanding kira-kira 260,000 hektar dalam tempoh lebih lima dekad sebelum inisiatif itu diperkenalkan.

Beliau berkata, daripada keluasan tersebut, lebih 966,000 hektar telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak sebagai langkah penting sebelum proses pengeluaran surat hak milik secara individu dilaksanakan.

DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) menyaksikan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Sri John Sikie Tayai (kiri) menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima pada majlis penyerahan Surat Hak Milik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi kawasan Bintulu di Auditorium BDA, Wisma Bintulu.

Katanya, penyukatan tanah dijalankan berdasarkan permohonan, bukti pemilikan yang sah serta persetujuan masyarakat setempat bagi memastikan hak setiap pemilik dipelihara di samping mengelakkan pertikaian sempadan.

Justeru, beliau menggesa rakyat memberi kerjasama kepada Jabatan Tanah dan Survei sepanjang proses penyukatan bagi memastikan pelaksanaan program berkenaan dapat dipercepatkan demi manfaat lebih ramai pemilik tanah.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: It Testing
Next: Ismawi terajui AZAM Sarawak bagi penggal 2026 hingga 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.