Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan Sarawak luluskan RM160 juta bina baharu jambatan kedua di Batu Kawa
  • TEMPATAN

Kerajaan Sarawak luluskan RM160 juta bina baharu jambatan kedua di Batu Kawa

Utusan Sarawak 11 months ago
BERBINCANG… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika mendengar taklimat daripada Ir Dr Cassidy. Turut kelihatan, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Kaunselor Tan Kai.

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan projek baharu pembinaan jambatan kedua di Batu Kawa di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, tahun lepas.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata projek itu akan menggunakan dana sebanyak RM160 juta yang merangkumi pembinaan Jambatan Batu Kawa kedua merentasi Sungai Sarawak dan jalan raya dengan panjang keseluruhan lebih dari lima kilometer.

”Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan melaksanakan projek ini melalui empat peringkat iaitu pelantikan perunding, tinjauan geologi, pengambilan tanah dan bidaan/tender awam.

”Mengikut perancangan JKR Sarawak, jalan raya berkembar baharu itu akan bermula dari sambungan lampu isyarat Jalan Batu Kawa/Matang sedia ada di Moyan dan diteruskan merentasi Sungai Sarawak dan persimpangan lampu isyarat di Jalan Tan Sri Wee Boon Ping dan Jalan Stephen Yong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir Dr Cassidy mengenai projek tersebut, hari ini.

Menjelas lanjut, Sim berkata projek itu merupakan salah satu projek pembangunan oleh kerajaan Sarawak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Batu Kawa.

Dalam pada itu, Sim juga memberitahu jalan penghubung sepanjang tiga kilometer dari lampu isyarat Jalan Stephen Yong melalui Segedup ke Matang akan dibina tidak lama lagi.

”Jalan-jalan baharu ini pasti akan mengurangkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan masa memandu pengguna yang tinggal di dalam dan sekitar Batu Kawa,” ujarnya.

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: PETRONAS, media Sarawak bekerjasama tingkat pemahaman berkaitan industri minyak, gas
Next: SDEC, Yayasan Peneraju jalin kolaborasi strategik ke arah pendigitalan PKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.