Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kerajaan Sarawak komited tingkat infrastruktur air di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Kerajaan Sarawak komited tingkat infrastruktur air di Sarikei

Utusan Sarawak 2 days ago
TEMU BUAL…..Dato Sri Julaihi Narawi ditemu bual media di tapak Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sebagai agensi pelaksana sentiasa berusaha untuk memastikan infrastruktur dan sistem bekalan air di Bahagian Sarikei dipertingkatkan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia sekali gus menambah baik sistem bekalan air sedia ada bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Bahagian Sarikei.

“Komitmen tinggi ini dizahirkan dengan siapnya pelaksanaan projek berimpak tinggi iaitu projek menaik taraf Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B yang menelan belanja sekitar RM68.4 juta.

“Loji Rawatan Air Bayong Fasa 2B telah dinaik taraf dan siap baru-baru ini…ia telah pun dinaik taraf sebanyak 30 juta liter air sehari.

“Oleh kerana sebelum ini, Loji Rawatan Air Bayong telah pun mempunyai kapasiti 70 juta liter air sehari, ini bermakna, apabila loji rawatan yang dinaik taraf ini mempunyai kapasiti 30 juta liter air sehari, jumlah besar kapasiti Loji Rawatan Air Bayong adalah sebanyak 100 juta liter air sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Bayong, hari ini.

Katanya, ia nerupakan salah satu daripada loji rawatan air utama di Bahagian Sarikei dan juga di bahagian tengah Sarawak yang boleh membekal air untuk Sarikei dan juga kawasan-kawasan sekitarnya.

“Ia akan digunakan sebagai loji rawatan air utama, di mana kita boleh menyambung bekalan ini melalui sistem grid kita…melalui paip yang kita pasang sebagai sistem grid di bahagian tengah Sarawak.

“Suatu hari nanti, ia akan kita sambung dengan sistem grid air di Bahagian Betong dan juga di Bahagian Mukah melalui Tanjung Manis,” katanya.

Tambahnya, projek menaik taraf loji rawatan air tersebut merupakan salah satu daripada peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan Sarawak dalam usaha untuk membolehkan bekalan air bersih dapat disediakan untuk rakyat di bahagian tengah Sarawak, terutamanya di Bahagian Sarikei.

“Loji Rawatan Air Bayong ini mendapat bekalan air mentah dari Empangan Gerugu di kawasan berdekatan.

“Saya berharap loji rawatan air ini akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg nanti apabila beliau mempunyai kelapangan masa untuk melawat ke tapak ini…ini cadangan kami,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing dan ADUN Meluan, Rolland Duat Jubin.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mohd Nur Ikmal, Sofiah Seman johan Tilawah al-Quran daerah Asajaya
Next: MPP Chairman, Tan Kai said his Council always respond fast to problems

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.