Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kerajaan MADANI terus pergiat usaha sokong anak seni tempatan – Anwar
  • HIBURAN

Kerajaan MADANI terus pergiat usaha sokong anak seni tempatan – Anwar

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOTO Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus mempergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan agar mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan itu antara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan seniman Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Perdana Menteri berkata beliau juga menitipkan pesanan kepada M Nasir agar dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 67, yang sinonim dengan karya-karya berintelektual dan berunsur ketuhanan, dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam perkembangan muzik dan seni kreatif Malaysia.

Selain sebagai penyanyi dan komposer, beliau turut dikenali sebagai pelakon, penulis lirik dan pengarah seni yang banyak menyumbang kepada pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan tempatan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia bangga menara Merdeka 118 dalam Thunderbolts
Next: Lagu Keluang Man bawa Krisya kembali ke pentas seni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.