Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kerajaan komited capai negeri maju 2030
  • TEMPATAN

Kerajaan komited capai negeri maju 2030

Utusan Sarawak 4 years ago
SELAMAT DATANG… Penduduk menyambut ketibaan Datuk John Sikie Tayai.

TATAU: Kerajaan Sarawak terus komited dalam mengetengahkan pelbagai langkah untuk memacu Sarawak mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, oleh itu kerajaan mempunyai khusus untuk memastikan pendapatan isi rumah mencapai RM15 000 sebulan menjelang tahun terbabit.

“Antara langkah Kerajaan adalah memperkasakan sektor pertanian dengan memberi khidmat nasihat dan bantuan seperti Program Tabung Kemudahan Pertanian
(AFF).

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Robert Ahsoon, Sungai Empang, Sangan Tatau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus menggesa penduduk supaya mengambil langkah proaktif khusus melibatkan diri dalam sektor pertanian.

“Menanam buah atau sayur yang mendapat permintaan dan harga yang tinggi di pasaran.

“Begitu juga dengan terrnakan khinzir juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak melalui pelbagai inisiatif untuk membantu dan membangunan kawasan luar bandar melalui projek projek seperti, Projek kecil luar bandar (MRP), Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), Program Tabung Kemudahan Pertanian (AFF) dan Projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak ( SARES).

Dalam majlis terbabit beliau telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 ribu kepada Biro Wanita Rumah Robert Ahsoon dan Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bernilai RM2,500.00 bagi setiap pintu rumah panjang terbabit.

“Projek akan memberi manfaat kepada 27 pintu penduduk Rumah Robert dengan nilai keseluruhan projek ini adalah RM67,500,” katanya.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: 48 PPS bakal diaktifkan
Next: Golongan muda balik kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.