Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan Kedah hilang majoriti
  • NASIONAL

Kerajaan Kedah hilang majoriti

Utusan Sarawak 5 years ago

SUNGAI PETANI, 12 Mei -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas Azman Nasrudin (kiri) dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee dari PKR selepas mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Sidam hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KELUAR PARTI… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas Azman Nasrudin (kiri) dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee dari PKR selepas mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada sidang media di Pusat Khidmat DUN Sidam semalam. – Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari PKR semalam  mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.

Susulan pengumuman kedua-dua wakil rakyat itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hilang majoriti semalam.

Tindakan Azman dan Ling itu menyaksikan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.

Sementara PAS dan UMNO, yang sebelum ini memiliki 17 kerusi (PAS-15, UMNO-2) dijangka menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan sokongan dua wakil rakyat tersebut, dengan majoriti mudah 19 kerusi.

Pada sidang media bersama ketika mengumumkan perkara itu  Ling berkata, keputusan tersebut  dibuat selepas beliau hilang keyakinan kepada kepimpinan PKR.

“Jadi hari ini saya mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Ketua Cabang Keadilan Sungai Petani serta merta.   

“Kedudukan saya sebagai ADUN Sidam juga sekarang bukan lagi atas lambang Keadilan (PKR),” katanya.

Sementara itu, Azman yang sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan, Industri Utama negeri    berkata, kegawatan politik negara pada Februari tahun ini yang membawa kepada perubahan kerajaan Pusat, adalah kemuncak masalah dalam PKR.

Susulan keputusan keluar parti itu  Azman berkata, beliau dan Ling menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di peringkat kerajaan Pusat.

Dalam pada itu Azman berkata, beliau dan Ling juga akan menyertai sidang media Perikatan Nasional Kedah, yang diadakan di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, pada jam 3 petang semalam. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: PBTPay normal baharu pembayaran cukai taksiran
Next: Bebas daripada Covid-19 tanggungjawab bersama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.