Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan akan bincang harga susulan India lulus eksport 170,000 tan beras ke Malaysia
  • NASIONAL

Kerajaan akan bincang harga susulan India lulus eksport 170,000 tan beras ke Malaysia

Utusan Sarawak 2 years ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu pada gimik pra pelancaran Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengadakan perbincangan termasuk berkaitan harga susulan pengumuman Kerajaan India yang meluluskan eksport 170,000 metrik tan beras putih bukan Basmati ke Malaysia. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beberapa perkara perlu diperincikan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut. 

“Kita akan lihat dahulu berapa harganya sebelum buat apa-apa perubahan di Malaysia kerana ini baharu di peringkat persetujuan, akan ada peringkat seterusnya iaitu rundingan harga dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Prapelancaran Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2023 di sini, semalam. 

Semalam, Kerajaan India meluluskan eksport 170,000 tan metrik beras putih bukan Basmati kepada Malaysia sebagai tanda persahabatan istimewa antara kedua-dua negara. 

Menurut Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, keputusan itu juga mencerminkan hubungan rapat antara India dan Malaysia dan selaras dengan dasar berterusan India untuk menyokong usaha kerajaan di negara-negara sahabat dalam menjaga keterjaminan makanan domestik. 

Keputusan untuk membenarkan peruntukan khas beras putih ke Malaysia telah dimaklumkan oleh Menteri Luar India Dr S. Jaishankar kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui panggilan telefon pada hari yang sama.

Sementara itu, Mohamad dalam satu kenyataan semalam berkata, kebenaran eksport 170,000 metrik tan beras putih bukan Basmati ke Malaysia itu menunjukkan kedua-dua negara mempunyai hubungan sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan serta keterjaminan makanan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pada 25 Ogos lepas beliau menghantar surat permohonan kepada Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan dan Pengedaran Awam India Piyush Goyal untuk menarik balik sekatan eksport berkenaan.

“Sementara pada 27 September saya telah mengadakan perbincangan bersama Duta Besar India Di Malaysia BN Reddy berhubung permohonan itu dan hari ini (semalam) melalui Note Verbale yang saya terima, Kerajaan India bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 tan metrik beras putih bukan Basmati.

“Saya mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bayaran BAP disalur ikut rekod sekolah – Fadhlina
Next: Tarikh pelaksanaan pengapungan harga ayam, telur diumum 30 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.