Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keputusan terletak di negara masing-masing
  • SUKAN

Keputusan terletak di negara masing-masing

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Pengurus Kanan Pembangunan Badminton Asia Thana Arikrishnan (dua, kanan) dan Pengarah Kanan Institut Kejuruteraan Berpusat Manusia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Sharizal Sunar (kiri) menunjukkan Aplikasi ‘Fit Asia’ pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan digital aplikasi ‘Fit Asia’ hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia Saw Chit Boon (kanan). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

RAKAN DIGITAL… Pengurus Kanan Pembangunan Badminton Asia, Thana Arikrishnan (dua, kanan) dan Pengarah Kanan Institut Kejuruteraan Berpusat Manusia Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Sharizal Sunar (kiri) menunjukkan Aplikasi ‘Fit Asia’ pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai rakan digital aplikasi ‘Fit Asia’ hari ini.Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia Saw Chit Boon (kanan). •Foto BERNAMA

Setiap negara yang menyertai Piala Thomas dan Piala Uber mempunyai hak dan prerogatif, sama ada hendak menyertai atau menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut, kata Badminton Asia (BA).

Mengulas dakwaan laporan media daripada pelbagai negara luar yang mengatakan penarikan diri pasukan dari Asia daripada kedua-dua kejohanan itu sebagai ‘pentingkan diri’, Ketua Pegawai Operasinya Saw Chit Boon percaya, keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara, melibatkan keselamatan dari Covid-19.

“Secara peribadinya bagi saya semua negara mempunyai hak dan prerogatif untuk membuat keputusan untuk ke negara penganjur, untuk menyertainya atau tidak. Setiap negara mempunyai SOP (prosedur operasi standard) dan peraturan masing-masing berkaitan mengekang pandemik Covid-19.

“Tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana kita sendiri mengekang Covid-19,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara BA dan Pusat Inovasi dan Teknologi Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjasama digital antara BA dan UTM itu akan menyaksikan negara membangun Asia mendapat faedah daripada satu aplikasi yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi atlit yang terlibat dengan Projek Olimpik Asia (AOP).

AOP merupakan satu program yang membantu altet berbakat daripada negara membangun, untuk meningkatkan prestasi mereka dan layak ke sukan Olimpik.

Minggu lepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan penangguhan Piala Thomas dan Piala Uber, selepas beberapa negara menarik diri akibat kebimbangan Covid-19.

Juara Piala Thomas 13 kali Indonesia, Taiwan, Thailand, Korea Selatan dan Australia, telah menarik diri daripada kejohanan tersebutm yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark daripada 3-11 Oktober.

Tiada tarikh baru diumumkan untuk kejohanan itu, yang telah ditangguh tiga kali, namun BWF berkata ia tidak akan berlangsung sebelum 2021.

“Keputusan BWF untuk menangguhkan kejohanan tahun ini adalah untuk keselamatan pemain dan pegawai. Saya rasa keselamatan manusia adalah keutamaan. Namun kita perlu kekal bersama sebagai keluarga badminton.

“Kita hanya akan memulakan kehohanan selepas ia selamat dari Covid-19, kerana badminton agak berbeza. Kita bermain dalam dewan berhawa dingin dan tertutup. Tidak sama dengan sukan di luar, agak sukar untuk kita pastikan semuanya selamat, sebelum kita buka semula,” katanya.-Bernama

Continue Reading

Previous: FAM tidak terlibat
Next: Andreescu beri tumpuan kesihatan, latihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.