Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kepentingan imunisasi mula difahami
  • TEMPATAN

Kepentingan imunisasi mula difahami

Utusan Sarawak 4 years ago
FOKUS… Elvis Didit sedang menjawab persoalan pemberita sambil ditemani Dr. Euphresia Bari pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman di Bandar Simanggang.

Penduduk dalam Bahagian Sri Aman mula memahami akan pentingnya penglibatan mereka dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Timbalan Residen Bahagian Sri Aman, Elvis Didit berkata, perkara itu dibuktikan apabila sasaran pendaftaran penerimaan vaksin yang direkodkan untuk bahagian ini sudah pun melebihi 80 peratus daripada keseluruhan populasi yang layak.

“Sejumlah 92 peratus atau 75,000 daripada 82,000 individu di Bahagian Sri Aman yang layak menerima suntikan vaksin Covid-19 sudah bertindak mendaftarkan diri dalam program ini semenjak dilancarkan pada 24 Februari lepas.

“Jumlah tersebut secara tidak langsung membuktikan Bahagian Sri Aman berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk program ini dengan tahap kesedaran penduduk mengenai perkara itu mula meningkat pada masa sekarang,” kata beliau.

Selain itu Elvis ketika ditemui pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Dewan Suarah Sri Aman di sini juga menasihatkan penduduk agar tidak bertindak ‘sikap tunggu dan lihat’ jika masih belum berbuat demikian.

Katanya, pendaftaran untuk Program Imunisasi Covid-19 masih lagi dibuka sehingga sekarang dengan pemohon yang telah diberikan maklumat temu janji pemberian vaksin dimohon agar hadir di lokasi dan masa yang telah ditetapkan.

“Anda (penduduk Bahagian Sri Aman) hanya perlu bertindak mendaftar dengan 50 peratus tindakan seterusnya adalah hadir ke pusat pemberian vaksin untuk melengkapkan proses berkenaan,” kata beliau.

Hadir sama pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Dewan Suarah berkenaan ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Euphresia Bari.

Oleh VALENTINE NGUMBANG

Continue Reading

Previous: Kemudahan infrastruktur SK Temenggong dinaik taraf
Next: Nelayan Gerigat digalak hasilkan produk sumber laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.