Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepakaran veteran ATM diperlukan jadikan Lawas lebih maju
  • Utara
  • WILAYAH

Kepakaran veteran ATM diperlukan jadikan Lawas lebih maju

Utusan Sarawak 2 months ago
VETERAN ATM… Dato Henry Sum Agong bergambar bersama Penghulu Jabat Ghani, Awang Suhamah, Semie Nasip dan yang lain.

LAWAS: Kepakaran dan pengalaman veteran Angkatan Tentera Malaysia (Angkatan Tentera Malaysia) di Lawas amat diperlukan dalam menjadikan Lawas lebih aman dan maju.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong memberitahu pembangunan yang sedang dialami Daerah Lawas memerlukan kerjasama semua pihak.

“Yang penting adalah kerjasama kerana seorang diri tidak mampu untuk membawa semua ini. Kebaikan dan keamanan di Lawas bukan sesuatu yang dapat dibawa oleh seorang individu sahaja.

“Khususnya pegawai veteran ATM mempunyai pengalaman luas yang bukan sedikit. Guna pakai kerjasama dengan pegawai kerajaan dan penduduk Lawas ke arah yang lebih baik,” katanya pada majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Veteran ATM cawangan Lawas di sebuah restoran di sini malam tadi.

HARGAI VETERAN… Dato Henry Sum Agong menyampaikan kad keahlian PVATM kepada Mustapha Mail pernah berkhidmat di Semenanjung dan Labuan.

Beliau ingin melihat veteran ATM berjaya dalam kehidupan dan bersedia untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi, seperti menyediakan perkhidmatan membawa pelancong ke Ulu Lawas, terlibat dalam sektor pertanian, serta aktiviti lain yang dapat membekalkan keperluan makanan.

Tambahnya, ini disebabkan Lawas kini mula menerima ramai pekerja asing yang dibawa oleh pemaju untuk pembinaan laluan Jalan Perhubungan Sabah-Sarawak tanpa melalui Brunei, serta beberapa projek mega lain seperti pembinaan lapangan terbang baru, pelabuhan laut dalam, dan banyak lagi.

“Sekarang, kita dimaklumkan bahawa terdapat 400 orang pekerja dari China yang terlibat dalam projek SSLR, serta ribuan pekerja dari India yang melaksanakan projek mega lain. Oleh itu, kita mahu veteran ATM mengambil peluang ini untuk menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pekerja asing ini bagi meningkatkan ekonomi veteran ATM,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan Henry Sum mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar sebanyak RM10,000 untuk PVATM Cawangan Lawas bagi tujuan aktiviti dan kebajikan ahlinya.

Turut hadir, Pengerusi Tetap PVATM Lawas Awang Suhamah, Ketua Cawangan PVATM Semie Nasip, Timbalan Ketua Cawangan PVATM Penghulu Jabat Ghani, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kenamaan lainnya.
Oleh Adeng Edrus


Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ketua kampung mesti celik IT
Next: Program Ziarah Mahabban perkukuh silaturahim di Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.