Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan lampu isyarat STILE dijangka capai keupayaan AI sepenuhnya tahun depan  
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemudahan lampu isyarat STILE dijangka capai keupayaan AI sepenuhnya tahun depan  

Utusan Sarawak 7 months ago
SELESAI… Dato Sri Rohani Abdul Karem, Mahra Salleh, Datu Indit Bangai, Minjo Simanding dan Muhamammad Kahfi Ibrahim menunjukkan isyarat jari selepas tamat taklimat kemudahan Lampu Isyarat STILE di Pusat Kawalan Lampu Isyarat AI di JKR Sri Aman dekat Bandar Simanggang, hari ini.

SIMANGGANG: Kemudahan lampu isyarat berasaskan sistem ‘Sarawak Traffic Light Intelligence Logistic Excellence’ (STILE) dalam Bandar Simanggang dijangka mencapai tahap keupayaan kecerdasan pintar (AI) penuh menjelang tahun depan.

Pengerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, kemudahan lampu isyarat berasskan sistem STILE tersebut masih baharu dan perlu dibiarkan berfungsi sepanjang tempoh tiga bulan ini.

“Kemudahan lampu isyarat STILE ini sedang dalam proses merekod banyak data mengenai aliran trafik di samping ‘membaca’ tabiat pemanduan dalam kalangan pengguna jalan raya di Bandar Simanggang.

“Dalam tempoh tiga bulan ini, sistem ini akan dapat menjangka masa aliran trafik yang sesak dan rendah dalam kalangan pengguna kenderaan di Bandar Simanggang sebelum ia mencapai tahap penguasaan AI yang penuh,” katanya.

Rohani berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat mengenai kemudahan Lampu Isyarat STILE di Pusat Kawalan Lampu Isyarat AI di Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman dekat sini, hari ini.

Beliau pada ucapannya juga menasihat pengguna kenderaan di Bandar Simanggang agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya seperti menggunakan tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon ketika memandu dan banyak lagi.

“Kemudahan ini dapat mengesan kesalahan itu. Namun bukanlah niat kita untuk menggunakannya untuk mengeluarkan saman terhadap pesalah namun mendidik mereka supaya berdisiplin ketika menggunakan jalan raya,” katanya.

Sementara itu, kewujudan kemudahan lampu isyarat STILE ini kata Rohani telah membolehkan Bandar Simanggang mengorak langkah ke arah menjadi bandar pintar pada masa akan datang.

“Ia merupakan salah usaha SADA untuk melakukan transformasi digital terhadap Bahagian Sri Aman dan Bandar Simanggang khasnya serta memacu pembangunan mampan di kawasan ini,” katanya.

Hadir sama pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas SADA, Datuk Indit Bangai, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman, Minjo Simanding dan wakil syarikat Rimbun Energy Sendirian Berhad, Muhamammad Kahfi Ibrahim.

Terdahulu, kemudahan lampu isyarat STILE sudah pun memulakan operasi di simpanjang Jalan Hollis, Jalan Michael Pilo, Jalan Kampung Muhibbah, LePaPa dan Jalan Brayun dekat Bandar Simanggang pada 21 Oktober lepas.

Projek pemasangan lima kemudahan Lampu Isyarat STILE ini telah pun dilaksana oleh syarikat Rimbun Energy Sendirian Berhad dengan kos sebanyak RM4,250,500 yang diperuntuk oleh SADA.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiong kecewa terhadap tindakan pihak Majlis Perbandaran Sibu
Next: 18 penerima terima geran khas berjumlah keseluruhan RM58,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.