Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Kempunan’ cipta mata
  • SUKAN

‘Kempunan’ cipta mata

Utusan Sarawak 3 years ago

LINCAH… Penyerang import Johor Darul Ta’zim Bergson Gustavo Silveira Da Silva cuba mengelecek dua pemain Sarawak United FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Negeri, Kuching malam semalam.• Foto Bernama

SKUAD Sarawak United FC ‘kempunan’ untuk mencipta sekurang-kurang satu mata ketika aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mudah diratah 4-0 di Stadium Negeri, Kuching malam semalam.

Dalam perlawanan itu, JDT mendahului seawal minit ke-13 menerusi Ahmad Hazwan Bakri yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Aquila Abdul Rhaman.

Tujuh minit selepas itu, pelawat terus selesa apabila Bergson da Silva menjadikan kedudukan 2-0 di hadapan kira-kira 5,000 penyokong lawan..

Kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Separuh masa kedua perlawanan pula menyaksikan Ngap Sayot cuba bangkit untuk memburu gol, namun tidak berjaya menewaskan benteng ampuh pasukan lawan.

Bagaimanapun, pada minit ke-78 menerusi pemain gantian, Syahmi Safari yang menjaringkan gol ketiga buat JDT.

Manakala gol keempat juara bertahan Liga Super itu pula dijaringkan oleh Fernando Forestieri yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 sekaligus  menutup pesta jaringan di tempat lawan.

Sarawak United FC berada di kedudukan kesebelas selepas mengutip 10 mata  hasil daripada tiga kemenangan dan sekali seri setakat 13 perlawanan ditempuhi setakat ini.

Oleh AZREEN KERIA

Continue Reading

Previous: ‘Kuasa veto’ demi sukan terjun
Next: ISN patut bertanggungjawab – Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.