Kempen Derma Darah 22 Julai di Sibu sempena Hari Sarawak

Facebook
WhatsApp
POSTER…..Orang ramai dijemput menyertai Kempen Derma Darah anjuran SLSC Learning Centre di Orange Zone, Star Mega Mall di sini, Selasa ini.

SIBU: Orang ramai dijemput menyertai Kempen Derma Darah anjuran SLSC Learning Centre di Orange Zone, Star Mega Mall di sini, Selasa ini.

Kempen sempena Hari Sarawak dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu bermula 9.30 pagi hingga 2.00 petang.

Penganjuran kempen bertujuan membantu pihak Bank Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah mencukupi untuk kegunaan pesakit.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Akun Giman