Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen derma darah 22 hingga 23 Mac ini di dua lokasi berbeza
  • SEMASA

Kempen derma darah 22 hingga 23 Mac ini di dua lokasi berbeza

Utusan Sarawak 2 months ago
POSTER… Orang ramai diseru menderma darah pada 22 dan 23 Mac ini. 

SIBU: Unit Transfusi Darah Hospital Sibu menyeru orang ramai untuk menyertai kempen derma darah yang akan diadakan hujung minggu ini bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk keperluan pesakit di hospital tersebut.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Bank Darah Hospital Sibu, kempen berkenaan dijadual berlangsung pada 22 dan 23 Mac di dua lokasi berbeza.

“Pada 22 Mac, kempen akan diadakan dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang di Methodist Theological School, Jalan Tun Abang Haji Openg.

“Pada 23 Mac pula, sesi derma darah akan berlangsung dari 9.30 pagi hingga 2 petang di Sibu Life Care Society, Zon Jingga, Star Megamall,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai termasuk penderma kali pertama diseru untuk mengambil bahagian bagi membantu menampung keperluan darah hospital.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Tabung Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Trend air pasang di tebingan Sungai Rajang, paras air terkawal
Next: Hujan berterusan di Sarawak hingga Khamis ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.