Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kementerian, jabatan diarah tubuh JP4 pantau penyampaian perkhidmatan awam
  • NASIONAL

Kementerian, jabatan diarah tubuh JP4 pantau penyampaian perkhidmatan awam

Utusan Sarawak 9 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama kakitangan awam yang hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Ogos 2024. FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di peringkat masing-masing.

Arahan ini, susulan penekanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos lepas, mengenai kepentingan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar segera.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata, perkara itu melibatkan proses kerja sedia ada yang perlu ditambah baik, serta peraturan-peraturan dan piagam pelanggan yang wajar dikemas kini supaya lebih menepati keperluan rakyat.

“Arahan itu bertujuan memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya menerusi surat edaran yang ditandatanganinya bertarikh 19 Ogos.

Beliau berkata, bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan secara teratur, JP4 kementerian, jabatan dan agensi perlu menghantar laporan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPPD JPA).

“Laporan secara berkala perlu dihantar setiap tiga bulan bagi tujuan pelaporan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),” katanya.

Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berintegriti dapat direalisasikan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tengku Hassanal mahu tindakan tegas terhadap Muhyiddin
Next: Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.