Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kembalikan Padungan sebagai pusat segitiga emas Kuching
  • TEMPATAN

Kembalikan Padungan sebagai pusat segitiga emas Kuching

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Wee Hong Seng dan Datuk Lily Yong berbincang mengenai rancangan pemulihan padungan dan perbincangan bersama Jawatankuasa Kawasan Padungan di sekitar Jalan Padungan, Kuching, semalam.

KUCHING: Jawatankuasa Kawasan Padungan dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan bekerjasama untuk mengembalikan Kawasan Padungan sebagai pusat segitiga emas Kuching.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng berkata, ia adalah untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan kawasan bersejarah di tengah bandar Kuching itu.

“Saya berasa gembira kerana jawatankuasa ini dibentuk dan bekerjasama dengan MBKS untuk membincangkan permasalahan masyarakat Padungan kerana ia idea yang sangat baik yang mana melibatkan penglibatan masyarakat setempat.

“Ini akan menjadi permulaan kejayaan kerana ini merupakan kawasan perniagaan yang pesat dan menjadi sumber pendapatan penduduk yang tinggal di sini dan saya yakin masyarakat di sini akan memberikan kerjasama yang baik demi menghidupkan kembali Padungan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan dan perbincangan bersama Jawatankuasa Kawasan Padungan di sekitar Jalan Padungan, di sini, semalam.

Wee berkata MBKS akan mula melakukan pembersihan besar-besaran di kawasan lorong-lorong belakang bangunan dan beberapa kerja pembaikan minggu hadapan sebagai langkah awal.

“Kita mesti memperbaiki lorong sisi dan lorong belakang dan saya harap pemilik kedai dapat membantu menyokong kita kerana tanpa sokongan mereka, sasaran ini tidak akan dapat kita capai.

“Masyarakat tidak hanya bergantung pada pihak berkuasa dan sebab itulah kita ingin mengumpulkan masyarakat Padungan untuk bekerjasama dalam usaha ini bagi mendorong masa depan Padungan yang lebih baik dan gemilang,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching Datuk Lily Yong berkata, ia agak menyedihkan jika pembangunan di kawasan Padungan tidak dibangunkan sedangkan kerajaan Sarawak fokus untuk membangunkan pelancongan negeri.

Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Padungan Lucas Yong, Naib Pengerusi Oscar Choo, dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.