Kematian di Mexico meningkat

Facebook
WhatsApp
Patient Lucia Pina (L), suffering from atypical pneumonia, speaks with Dr. Giorgio Franyuti (R), in the COVID-19 Hospitalization Operational Unit of the Military Field 1, at the National Defense Secretariat in Mexico City, on June 19, 2020. - The facility, originally a dormitory for the 6th Mortar Group, was adapted to serve high, medium and low severity COVID-19 patients. (Photo by ALFREDO ESTRELLA / AFP)
PESAKIT Lucia Pina (kiri), yang menderita pneumonia atipikal, bercakap dengan Dr. Giorgio Franyuti (kanan), di Unit Operasi Hospitalisasi Covid-19 Medan Tentera 1, di Sekretariat Pertahanan Nasional di Mexico City, pada 19 Jun 2020. • Foto AFP

MEXICO: Jumlah orang yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Mexico telah meningkat sebanyak 719 orang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25,779 dalam tempoh 24 jam terakhir, kata Pengarah Epidemiologi di Kementerian Kesihatan, Jose Luis Alomia, menurut Agensi Berita Sputnik.

Menurut beliau, pada akhir Jumaat lalu jumlah kes Covid-19 yang disahkan telah meningkat sebanyak 5,441 menjadi 208,392 dalam jangka waktu yang sama.

Sehari sebelumnya, negara Amerika Latin tersebut mencatatkan 6,104 kes baharu koronavirus, dengan 736 kematian.

Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan wabak Covid-19 sebagai wabak pendamik pada 11 Mac lalu. Sehingga kini, lebih daripada 9.7 juta orang telah dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia, dengan lebih daripada 492, 000 kematian, menurut Universiti Johns Hopkins. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara