Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemaskini: Warga emas ditemukan lemas
  • KEMALANGAN

Kemaskini: Warga emas ditemukan lemas

Utusan Sarawak 1 month ago

DITEMUI.....Mangsa ditemui oleh penduduk rumah panjang yang menyertai operasi SAR, hari ini. Foto: BBP Bintangor

BINTANGOR: Lelaki warga emas berumur 75 tahun, dikenal pasti sebagai Chong Yik Teck yang dikhuatiri lemas telah ditemukan oleh penduduk rumah panjang yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari ketiga, hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, mayat mangsa ditemui berhampiran tebingan pada 11.20 pagi tadi. 

“Anggaran jarak mangsa dijumpai lebih kurang lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa. 

“Mangsa seterusnya telah dibawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 

Katanya, operasi SAR ditamatkan pada 12.30 tengah hari setelah berbincang bersama-sama agensi-agensi penyelamat, PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk rumah panjang yang bersama dalam pencarian. 

Terdahulu, pada Sabtu lalu, kejadian berlaku sekitar 12.00 tengah hari, di mana mangsa telah keluar menggunakan perahu untuk memeriksa pukat di sungai Kanowit, Julau. 

Perahu yang dinaiki mangsa telah dijumpai dalam keadaan terikat namun mangsa tiada di lokasi kejadian. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Operasi SAR hari ketiga, Chong Yik Teck masih gagal ditemukan
Next: Empat cedera, lantai rumah runtuh ketika beraya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.