Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kemaskini: Syarikat sahkan cuma letupan kecil, keadaan terkawal
  • KEBAKARAN

Kemaskini: Syarikat sahkan cuma letupan kecil, keadaan terkawal

Utusan Sarawak 6 months ago

Tangkap layar rakaman video memaparkan insiden tersebut yang tular di media sosial.

BINTULU: Syarikat OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Samalaju, mengesahkan berlaku letupan hari ini.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, syarikat itu memaklumkan ia letupan kecil di kawasan bengkel relau di situ, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Satu insiden melibatkan limpahan bahan lebur dari acuan dilaporkan berlaku di fasiliti OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Samalaju, sekitar jam 1.30 tengah hari ini.

“Protokol respons kecemasan telah diaktifkan serta-merta sejurus insiden berlaku. 

“Kami gembira untuk mengesahkan bahawa tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku, dan kerosakan yang dialami adalah kecil. 

“Operasi dijangka disambung semula dengan gangguan yang minimum,” katanya.

Difahamkan, semua kakitangan di kawasan terjejas berjaya dipindahkan ke zon keselamatan yang telah ditetapkan.

Pihak berkuasa berkaitan telah dimaklumkan, dan syarikat kini menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd turut menegaskan komitmen mereka terhadap keselamatan kakitangan, kontraktor dan komuniti setempat. 

Katanya, pihak syarikat akan terus memberikan maklumat terkini seiring dengan perkembangan siasatan.

Orang awam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan melalui saluran rasmi mereka.

Continue Reading

Previous: Insiden letupan mesin berlaku pada kilang di Samalaju
Next: Sekeluarga hilang tempat tinggal, rumah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.