Kemas kini: Mangsa lemas di Julau ditemui tiga meter dari lokasi hilang

Facebook
WhatsApp
DITEMUI.…Mayat mangsa ditemui oleh unit khas PPDA pada 9.08 pagi tadi. Foto BBP Bintangor 
 

JULAU: Lelaki yang dikhuatiri lemas ketika menyelam ikan di Sungai Nanga, berhampiran Ensiring Ulu Kanowit pada Sabtu lalu ditemui meninggal dunia pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata mayat mangsa ditemui tiga meter dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri lemas. 

“Mangsa yang dikenal pasti sebagai Michael Jantan, 50, ditemui oleh unit khas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada 9.08 pagi tadi. 

“Mangsa seterusnya telah dibawa ke tebingan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada 9.30 pagi. 

Oleh Earl Anek