Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kemaskini: 88 penghuni Rumah Panjang Paulus Yan hilang tempat berteduh
  • KEBAKARAN

Kemaskini: 88 penghuni Rumah Panjang Paulus Yan hilang tempat berteduh

Utusan Sarawak 5 months ago

KANOWIT: Seramai 88 penghuni Rumah Panjang (Rh) Paulus Yan di Sungai Bawan, Jalan Nibong Tada Kanowit tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang mereka ranap dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dan balai bantuan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.14 tengah hari.

“Pasukan bomba menggunakan bot penyelamat ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang 15 pintu jenis struktur tidak kekal telah terbakar 100 peratus,” katanya menerusi kenyataan, petang tadi.

Katanya, operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat pada 4.50 petang.

“Jumlah penduduk rumah panjang tersebut adalah seramai 88 orang. Kesemua penghuni selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah Panjang Paulus Yan 16 pintu musnah terbakar
Next: Terkini: Rumah terbakar, bomba temui mayat lelaki berdekatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.