MANCHESTER United mempamerkan peningkat mendadak ketika kali pertama Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan pasukan itu bagi satu musim penuh dengan kedudukan ketiga di Liga Perdana dan mara ke tiga separuh akhir dalam saingan merebut piala.
Bagaimanapun, dengan United masih lagi ketinggalan di belakang musuh tradisi Liverpool dan Manchester City dalam kedudukan liga, pengendali kelahiran Norway itu sekali lagi akan menjadi tumpuan untuk cabaran lebih serius buat Red Devils meraih gelaran EPL kali pertama sejak Alex Ferguson bersara pada 2013.
Pasukan Solskjaer memulakan kempen liga di tempat sendiri berdepan Crystal Palace Ahad ini setelah 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris tanpa kalah sejak menandatangani Bruno Fernandes pada Januari.
Bahagian tengah United telah diperkuat lagi dengan kedatangan Donny Van de Beek dari Belanda, namum skuad Solskjaer rapuh di bahagian lain.
Tiga kemenangan ke atas City dan Chelsea musim lalu membuktikan United mampu mengalahkan pasukan teratas Liga Perdana Inggeris pada hujung musim terutama ketika tumpas di separuh akhir Liga Europa kepada Sevilla menunjukkan mereka masih belum mempunyai satu skuad besar yang mantap.
Solskjaer memilih untuk melakukan pertukaran pemain sehingga minit ke 87 ketika menentang kelab Sepanyol sehingga minit ke-87 apabila beliau seperti tidak mempunyai banyak pilihan untuk mengubah permainan.
Walaupun dengan kedatangan Van de Beek, masalah itu belum dapat diselesaikan.
Selepas spekulasi yang lama, Jadon Sancho kekal di Borussia Dortmund apabila United enggan menurut kehendak kelab Jerman itu yang meminta mereka membayar €120 juta selain ketiadaan benteng pertahanan yang akan menyaksikan kelab gergasi Inggeris itu antara empat pasukan dari Liga Perdana kembali ke saingan Liga Juara-Juara UEFA dalam tempoh lapan bulan akan datang.
Persoalan juga timbul sama ada United mampu untuk mengurangkan jurang dengan Liverpool dan City dengan kemampuan Solksjaer dibandingkan bersama jurulatih bertaraf dunia, Jurgen Klopp dan Pep Guardiola.
Solksjaer membuat satu keputusan berat sebelum kempen bermula dengan terus mempercayai kemampuan Harry Maguire sebagai ketua pasukan walaupun pemain antarabangsa England itu dijatuhkan hukuman penjara tertangguh 21 bulan dan sepuluh hari selepas didapati bersalah merasuah, melakukan keganasan dan mencederakan petugas awam ketika ditahan di Mykonos.
Satu lagi perlawanan penting pada ahad ini dengan siapakah yang akan menjaga gawang United selepas Dean Henderson kembali ke kelab selepas tempoh pinjaman dengan di Sheffield United dan menandatangani kontrak baharu sehingga 2025.
United dan David de Gea menandatangai perjanjian kontrak baharu yang tinggi hanya setahun yang lalu untuk menjadikan penjaga gawang Sepanyol sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam kelab namum prestasi yang kurang memberansangkan meletakkannya dalam posisi berbahaya.
United tetap memiliki trio penyerang yang berpontensi untuk meneruskan penguasaan dalam liga perdana inggeris untuk musim mendatang walaupun gagal mendapatkan khidmat Sancho di kelab itu.
Trio itu,Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood menjaringkan keseluruhan 63 gol musim lalu.
Pada usia 24 tahun, Martial merupakan pemain senior dan sekiranya tahap kecergasan ketiga-tiganya terus bertambah baik, United sememangnya mempunyai untuk mengharungi musim seterusnya.
“Kami baru sahaja bercuti 15 hari tetapi cukup untuk menikmati masa bersama keluarga, berehat sedikit dan tampil fokus dan segar untuk musim baru,” kata Fernandes.
“Ini bukan mengenai hari-hari yang kita lalui atau tidak. Saya rasa yang paling penting sekarang adalah fokus pada cita-cita dan matlamat yang ingin kita capai.”-AFP