Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kemalangan kendiri ragut nyawa penunggang motosikal di Bau
  • KEMALANGAN

Kemalangan kendiri ragut nyawa penunggang motosikal di Bau

Utusan Sarawak 3 hours ago
LOKASI kemalangan kendiri yang berlaku di KM2.5 Jalan Bau-Kuching berhampiran Kampung Buso.

BAU: Seorang penunggang motosikal berusia 27 tahun maut dalam kemalangan kendiri di KM2.5 Jalan Bau-Kuching berhampiran simpang masuk Kampung Buso hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata mangsa dipercayai menunggang bersendirian dari arah Bau untuk pulang ke rumah keluarganya di Kampung Kopit Siniawan ketika kejadian berlaku.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terlentang di kawasan semak kira-kira lima meter dari motosikal tersebut. Pasukan perubatan kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian pada 8.30 pagi,” katanya.

Mohd Haide berkata siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan lalu melanggar tiang besi milik Telekom.

Beliau berkata keadaan jalan ketika kejadian adalah lurus dan kering serta cuaca juga baik.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bau untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu lori tertimbus lumpur lebih tujuh jam disahkan meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.