Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah
  • JENAYAH

Keluarga Nur Farah Kartini mohon urusan tuntut jenazah dipermudah

Utusan Sarawak 10 months ago
PENGAMAL media menunggu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan terkini urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah, di Hospital Kuala Kubu Bharu, semalam. Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang, pada Isnin. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan. Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. FotoBERNAMA

SUNGAI BULOH: Keluarga mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah Allahyarham dipermudah dan disegerakan.

Abang mangsa Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, berkata setakat ini ahli keluarga belum menerima sebarang perkembangan mengenai urusan berkenaan daripada pihak polis mahupun hospital.

“Belum ada sebarang perkembangan, doakan urusan kami dipermudah dan disegerakan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

AHLI keluarga dipercayai waris kepada Nur Farah Kartini Abdullah tiba untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya. Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu. FotoBERNAMA

Sementara itu, tinjauan Bernama di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati pengamal media mula berkumpul sejak 8 pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan tuntutan jenazah graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Bagaimanapun, tiada waris mangsa kelihatan di sekitar kawasan berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Selangor memaklumkan jenazah Nur Farah Kartini, 25, hanya boleh dituntut selepas keputusan ujian padanan asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh daripada Jabatan Kimia berikutan pengecaman mayat yang tidak dapat dilakukan secara visual.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang pada Isnin lepas. 

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak dan direman tujuh hari hingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kes keropok beracun, pekebun dibebaskan dengan jaminan polis
Next: Polis akan mohon sambung reman suspek kes bunuh Nur Farah Kartini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.