Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keluarga hilang tempat berteduh akibat rumah terbakar
  • Tengah
  • WILAYAH

Keluarga hilang tempat berteduh akibat rumah terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku di Taman Seroja Indah, Saratok. Foto: PGO Bomba Sarawak

SARATOK: Sebuah keluarga hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Taman Seroja Indah di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan sekitar 11.57 pagi berhubung kejadian terbabit.

“Komander operasi memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan dua buah rumah satu tingkat jenis kekal telah terbakar.

“Rumah pertama telah terbakar 100 peratus dan rumah kedua hanya terbakar lima peratus di bahagian atap dapur,” katanya.

PGO berkata pasukan keluaran operasi (PKO) terus membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 200 kaki, dua pancutan dari sumber air pili bomba yang berdekatan ke pam jentera.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi kebakaran dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan,” jelasnya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya sekitar 2.00 petang.

Dalam pada itu, seramai tujuh anggota BBP Saratok yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Rahman Sabi telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi bantuan memadamkan kenderaan yang terbakar itu.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air surut di tiga rumah panjang
Next: Jalan Kampung Tuie ke Suri berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.