Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kelindan lori ditahan, disyaki langgar PKP
  • TEMPATAN

Kelindan lori ditahan, disyaki langgar PKP

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU: Polis telah menahan seorang lelaki merupakan kelindan lori di Jalan Aman kerana disyaki melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Aman, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh pasukan polis yang sedang mengadakan rondaan di kawasan tersebut sekitar jam 12.35 tengah malam.

“Pasukan polis telah menahan sebuah motosikal, hasil pemeriksaan lelaki terbabit gagal memberikan alasan munasabah berada di luar kediaman pada masa pemeriksaan itu,” jelasnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Katanya, lelaki terbabit telah melakukan kesalahan membuat pergerakan tanpa alasan yang munasabah dan juga Tanpa surat kebenaran Pergerakan (Perintah Kawalan Pergerakan) yang mana kesalahan itu tertakluk di bawah Peraturan 3(1), PPPPB (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2), 2020 dan boleh dihukum di bawah peraturan 11(1) Peraturan yang sama.

“Satu borang kompaun telah dikeluarkan ke atas kesalahan yang telah dilakukan,” ujarnya.

Stanley memberitahu, Orang Kena Kompaun (OKK) itu telah diterangkan dengan jelas berkenaan kesalahan yang telah dilakukannya serta difahami.

“Saman kompaun telah dikenakan kepada OKK dan telah diterangkan dengan jelas sebelum ditandatangani,” ujarnya.

Katanya, tempoh selama 14 hari telah diberikan untuk pembayaran kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Wisma Persekutuan Sibu sehingga 25 April ini.

Continue Reading

Previous: ‘COVID-19 Fundraising-Assassin Warrior’ kumpul RM11,400
Next: RM300, rezeki udang galah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.