FAIZAL BUJANG
PRESIDEN Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) , Dato Rahman Lariwoo menzahir rasa lega ekoran tiada perubahan umur bagi atlet yang bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 14 Mac 2021.
“Sedikit kelegaan buat kita (SABA) apabila tiada perubahan umur membabitkan atlet yang akan bertanding di Sukma XX Johor 2020 nanti,” ujar Dato Rahman ketika mengulas mengenai perkara itu.
Jawatankuasa Tertinggi Sukma XX Johor pada satu mesyuarat yang diadakan bersetuju membenarkan atlet menerusi pendaftaran awal yang dibuat kesemua negeri terlibat bertanding dalam temasya dwitahunan negara itu meskipun lebih umur.
Untuk rekod skuad tinju berjaya meraih tiga pingat ketika berlangsung Sukma Perak 2018 iaitu satu emas dan dua gangsa.
Pingat emas disumbangkan oleh Dealoniel Mcdelon Bong (60kg). Manakala, dua pingat gangsa masing-masing dibumbangkan oleh Christyuden Anak Ripoh (69kg) dan Wilson Berayin Anak Sumbang (56kg).
Sementara itu, badan induk berkenaan (SABA) sudahpun memuktamadkan senarai penuh petinju yang akan mewakili Sarawak di Sukma XX Johor 2020 kelak.
Di samping tiga petinju yang juga penyumbang pingat di temasya lalu.
Enam lagi mereka ialah Jackson Chambai Anak Ikeh (49kg), Muhammad Syawal Mohammad Isham (52kg), Mohd. Jamani Abdullah (64kg), Abdul Hakim Abdullah (75kg), Rais Arsyad Sulam (81kg) dan Hellary Anak Hendry (91kg).