Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kelab Berami Pickleball terima peruntukan bagi program pembangunan sukan
  • Selatan
  • WILAYAH

Kelab Berami Pickleball terima peruntukan bagi program pembangunan sukan

Utusan Sarawak 23 hours ago
MICHAEL Kong Feng Nian (kanan) menyampaikan peruntukan kewangan kepada Kelab Berami Pickleball bagi menyokong program pembangunan sukan dan aktiviti kelab di Kuching.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian, telah menyampaikan peruntukan kewangan kepada Kelab Berami Pickleball bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta program pembangunan sukan kelab berkenaan.

Menurut Kong, walaupun Kelab Berami Pickleball merupakan kelab sosial yang diasaskan oleh peminat sukan pickleball, peranannya dilihat melangkaui aktiviti rekreasi semata-mata apabila aktif dalam pembangunan bakat muda.

Beliau berkata, kelab tersebut menjalankan sesi latihan mingguan kepada pelajar SJK Chung Hua No. 6 setiap hari Jumaat, selain latihan berkala pada setiap Ahad di NEX Pickleball bagi menggalakkan penyertaan belia dalam sukan itu.

“Usaha berterusan dalam mempromosikan sukan di peringkat akar umbi serta membangunkan atlet muda amat wajar dipuji. Sukan seperti pickleball bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menerapkan nilai disiplin, semangat kerja berpasukan dan ketabahan dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan yang disalurkan diharap dapat membantu kelab itu meneruskan serta memperkukuh program pembangunan pemain muda pada masa hadapan.

Dalam lawatan tersebut, pihak kelab turut memaklumkan mengenai penganjuran Kejohanan Antara Kelab Berami (Edisi Gawai) yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Pikabol.

Kong berkata, beliau menyambut baik penganjuran kejohanan itu dan yakin ia dapat menggalakkan penyertaan masyarakat serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pemain.

Beliau turut memuji komitmen Kelab Berami Pickleball dalam pembangunan sukan belia serta usaha memupuk budaya sukan yang aktif dan positif dalam komuniti.

“Kami berharap kelab ini akan terus berkembang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai program derma darah pada 14 Jun 2026
Next: Kerja pembinaan NCH tergendala akibat letusan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.