Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel sebagai warisan
  • GLOBAL

Kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel sebagai warisan

Utusan Sarawak 10 months ago

PARIS: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo hari ini berkata bahawa gegelung Olimpik yang dipasang di Menara Eiffel perlu dikekalkan di bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Terdapat tiga simbol yang perlu kita kekalkan supaya ia dapat dipelihara sebagai warisan,” kata Hidalgo kepada stesen radio France Bleu, sambil menyenaraikan gegelung Menara Eiffel terlebih dahulu.

Hidalgo kemudian menyebut mengenai kawah yang menempatkan api Olimpik.

Kawah itu terletak di bawah belon gergasi di Taman Tuileries.

Datuk bandar itu juga ingin memasang arca perintis wanita yang pertama kali didedahkan semasa majlis pembukaan di bandar itu selepas Sukan Olimpik.

“Saya sudah lama berfikir bahawa ia akan kekal terpelihara di Paris, terutamanya di arrondissements ke-18.

“Tiga karya seni simbolik yang indah ini layak mendapat perhatian penuh kita,” katanya.

Jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Mark Adams berkata pihak penganjur akan berbesar hati jika Paris menyimpan gegelung itu dan keputusan berada di tangan Hidalgo.

Lima gegelung yang saling berkait itu berukuran 29 meter lebar dan 15 meter tinggi, dipasang pada ketinggian 60 meter di antara tingkat pertama dan kedua di bahagian Menara Eiffel yang menghadap Sungai Seine. Setiap gegelung mempunyai diameter sembilan meter. -Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan
Next: Deguchi dari Kanada raih emas Olimpik judo pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.