Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kekal aktif anjur aktiviti di masjid, surau
  • Selatan
  • WILAYAH

Kekal aktif anjur aktiviti di masjid, surau

Utusan Sarawak 2 months ago
IMARAHKAN MASJID… Dato Mohd Chee Kadir dan isteri, Datin Meryani Yassin merakam gambar bersama yang lain di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam, semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Masjid atau surau di daerah ini perlu kekal aktif pada setiap masa dan bukan hanya menganjurkan program pada Ramadan sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata aktiviti keagamaan dan mengimarahkan masjid atau surau perlu diperbanyakkan pada bulan mulia ini.

“Saya harap masjid mahupun surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong ini terus menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan untuk mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini dan juga bulan-bulan lainnya.

“Jangan jadikan bulan Ramadan sebagai alasan untuk kita merehatkan diri, sebaliknya kita harus mendekatkan diri dengan Allah SWT serta menambah pahala,” katanya selepas menunaikan solat isyak dan tarawih di Masjid Lebai Mat, Kampung Emplam di sini semalam.

Selain itu beliau turut menambah, ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu melibatkan golongan muda dengan menganjurkan pelbagai aktiviti.

“Golongan muda harus dibimbing menyertai aktiviti keagamaan di masjid atau surau, agar mereka tidak merasa terpinggir.

“Bulan mulia ini adalah peluang umat Islam bermaaf-maafan selain aktif menyertai aktiviti agama,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kolaborasi pelbagai pihak jayakan Program Ihya Ramadan
Next: Bazar Ramadan Marudi jana rezeki untuk peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.