KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempat berkunjung ke gerai kek lapis Qise, milik usahawan Meriam Sabie.
Kunjungan itu adalah sempena majlis perasmian Karnival Barangan Malaysia di Tebingan Kuching malam kelmarin dengan slogan ‘Juh Sapot beli barang lokal’.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi, yang kemudiannya mengiringi Abang Johari beramah mesra dengan peniaga di karnival itu.
Orang ramai di sekitar bandar raya Kuching mengambil kesempatan meluangkan masa membeli produk tempatan yang dijual di situ. Semalam merupakan hari terakhir karnival tersebut, yang bermula pada Jumaat lalu.