Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Keju cheddar mewah bernilai RM1.6 juta kena curi
  • GLOBAL

Keju cheddar mewah bernilai RM1.6 juta kena curi

Utusan Sarawak 7 months ago

Keju Cheddar mewah bernilai lebih £300,000 telah dicuri dari Neal's Yard Dairy di London. Foto Neal's Yard Dairy

LONDON: Chef selebriti Britain, Jamie Oliver pada Sabtu menggesa pencinta keju membantu pihak polis menangkap penipu yang melarikan 22 tan keju cheddar Inggeris dan Wales.

Oliver menyifatkan perkara itu sebagai rompakan kurang ajar dan mengejutkan.

Dia memberitahu pengikutnya di Instagram supaya berwaspada sekiranya mereka mendengar apa-apa tentang lori muatan keju mewah ditawarkan pada harga murah, sambil menambah keju cheddar itu bernilai sekitar £300,000 (RM1.6 juta).

Rayuan itu dibuat selepas Neal’s Yard Dairy berkata, pihaknya menghantar lebih 950 keju roda cheddar kepada penipu yang didakwa menyamar sebagai pengedar borong untuk peruncit utama Perancis sebelum menyedari mereka ditipu.

Syarikat pengedar dan peruncit keju artisan terkemuka di United Kingdom (UK) itu berkata, ia masih membayar Hafod, Westcombe dan Pitchfork, pengeluar skala kecil keju yang dicuri, supaya mereka tidak perlu menanggung kosnya.

Kata syarikat itu, pihaknya bekerjasama dengan Polis Metropolitan London bagi mengenal pasti pelaku.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan pula berkata, pihaknya sedang menyiasat laporan kecurian sejumlah besar keju dari kedai di London.

“Siasatan sedang dijalankan mengenai keadaan itu,” katanya sambil menambah tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Syarikat tenusu itu menyeru penjual keju di seluruh dunia untuk menghubungi mereka jika mereka mengesyaki telah menjual keju yang dicuri, terutamanya cheddar berkain dalam format 10 kilogram (kg) atau 24kg dengan tag yang tertanggal. – AFP

Continue Reading

Previous: Indonesia halau kapal China dari Laut China Selatan kali ketiga minggu ini
Next: Kanser tak halang Raja Charles teruskan lawatan rasmi luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.