Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan sukan ekstrem bermula di jambatan tertinggi dunia di China
  • SUKAN

Kejohanan sukan ekstrem bermula di jambatan tertinggi dunia di China

Utusan Sarawak 8 months ago

Jambatan Beipanjiang yang berangka setinggi 562 meter dinobatkan sebagai jambatan tertinggi di dunia.- AFP

GUIYANG (China): Kejohanan Sukan Ekstrem Jambatan Tinggi  Jemputan  Antarabangsa 2024 bermula pada Sabtu di Bandar Liupanshui, Wilayah Guizhou di barat daya China, lapor Xinhua.

Kejohanan ini menarik 30 peminat sukan lasak dari 18 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Australia.

Acara ini akan berlangsung di Jambatan Beipanjiang hujung minggu ini dan di Jambatan Sungai Baling pada 24 Sept, menurut penganjur.

Terletak lebih 565 meter di atas lembah, bersamaan dengan ketinggian bangunan 200 tingkat, Jambatan Beipanjiang telah disahkan sebagai yang tertinggi di dunia oleh Guinness World Records.

Ini adalah kali pertama Tracey-Smith Cameron, seorang penerjun BASE dari Australia, mengunjungi China. 

“Saya suka melompat di seluruh dunia, bertemu orang baharu dan mengalami budaya baharu. Ia peluang yang hebat untuk menggabungkan pertemuan dengan rakyat China dan sukan yang saya cintai,” kata Cameron.

Lebih 30,000 jambatan telah dibina atau sedang dalam pembinaan di Guizhou, dan hampir separuh daripada 100 jambatan tertinggi di dunia terletak di sini.

Berdasarkan sumber jambatannya yang unik, Guizhou telah menganjurkan acara sukan luar antarabangsa di jambatan tinggi, seperti terjun udara dan luncur udara, sekali gus mempromosikan integrasi mendalam antara jambatan, sukan dan pelancongan.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Lima tahun tidak beraksi, Jennyla mahu rampas semula dua pingat emas
Next: Gol Nunez menakjubkan, kata bos Liverpool 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.