Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kejohanan MSSR Zon Tutoh Apoh ke-32 meriah di SK Long Kevuk
  • Utara
  • WILAYAH

Kejohanan MSSR Zon Tutoh Apoh ke-32 meriah di SK Long Kevuk

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SIMBOLIK… ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau, melakukan simbolik perasmian Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Tutoh Apoh ke-32 di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Kevuk, semalam. FotoUKAS

BARAM (Long Kevuk): Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) Zon Tutoh Apoh ke-32 berlangsung meriah dengan penuh semangat kesukanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Kevuk, semalam.

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara tahunan ini.

Seramai 350 orang hadir memeriahkan kejohanan tersebut, termasuk murid-murid, guru-guru, ibu bapa, serta penduduk setempat.

Sebanyak 10 sekolah dari seluruh zon Tutoh Apoh mengambil bahagian dalam kejohanan ini, yang bertujuan mencungkil bakat sukan dalam kalangan murid sekolah rendah selain memupuk nilai kerjasama dan semangat kesukanan sejak usia muda.

Dalam ucapannya, Dennis memuji usaha murni penganjur dan menekankan bahawa program seumpama ini merupakan platform penting dalam pembangunan sukan peringkat akar umbi.

“Komitmen tinggi dan semangat juang yang ditunjukkan oleh para peserta amat membanggakan dan wajar dijadikan contoh.

Kita berharap kejohanan seperti ini terus diberi sokongan agar lebih ramai murid dapat terlibat dalam aktiviti kokurikulum secara aktif,” ujarnya.

Dennis turut menyatakan keyakinan bahawa MSSR Zon Tutoh Apoh akan terus menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan sekolah rendah, seterusnya melahirkan lebih ramai atlet muda berbakat dari kawasan pedalaman.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat rumah panjang dinaiki air
Next: PAWE Limbang aktif tarik lebih ramai warga emas sertai program komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.