Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2020 melabuhkan tirai dengan mencipta sejarah apabila 150 peserta dari Lawas, Miri, Bintulu, Sibu, Bintangor, Sri Aman, Kota Samarahan, Kuching, Bau, Serikin telah menyertainya.
Kejohanan itu adalah kali ketiga diadakan sejak 2018 dengan sebanyak 24 Kategori untuk Tangan Kiri dan Kanan telah dipertandingkan.
Gusti Lengan di Sarawak telah dimulakan dengan penubuhan Sarawak Armsport Association(SASA) pada 2016 dan semenjak itu kejohanan tersebut semakin popular dan berkembang di negeri ini yang mana ketika hanya disertai peserta dari Kuching, Samarahan, Bau, Bintangor dan kawasan di sekitanya sahaja.
Bagaimanapun, dalam Plan Strategik 5 Tahun SASA (Tahun 2020-2025) yang telah dilancarkan baru-baru ini, kejohanan itu adalah salah satu daripada perkara penting dalam Plan Strategik selain Penubuhan Persatuan/Kelab di Bahagian-bahagian lain Miri, Bintulu, Bintangor selain di sekitar Kuching telah berjaya dilaksanakan sekali gus ramai peserta dari Miri, Bintulu, Bintangor, Sibu telah berjaya memperolehi pingat emas, perak dan gangsa dalam Kejohanan Gusti Lengan Sarawak.
Menurut Presiden SASA, Matthew Barin, kejohanan itu adalah proses pemilihan atlet untuk mewakili Sarawak ke Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2020 yang akan diadakan pada 7 hingga 8 November depan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
“Kita akan berusaha untuk menghantar juara bagi setiap kategori untuk bersaing di peringkat kebangsaan. Saingan di dijangkan akan menjadi lebih hebat kerana ramai peserta dari negeri lain telah lama bergiat aktif dalam gusti Lengan.
“Apapun, kita akan sentiasa berusaha membangunkan dan melatih semua atlet SASA kelak. Kita juga berharap pihak Kerajaan Persekutuan, Sarawak serta semua pihak akan sentiasa memberi sokongan kepada kita agar terus menerajui serta membangunkan sukan gusti lengan di negeri ini,” ujar beliau.
Sementara itu, satu kejutan besar dalam kategori kemuncak iaitu juara antara juara yang menampilkan Lensus Met iaiyu juara Kategori Master(Umur 40 Tahun ke atas).
Lensus Met, seorang Senior Engineer berumur 49 Tahun telah merangkul Kejuaraan Keseluruhan Kategori Tangan Kiri dengan mengalahkan juara kategori lain manakala Jebiren Boret dari J4WZ Armwrestling Club Bau merangkul juara keseluruhan kategori tangan kanan.
Kejohanan telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Borneo merangkap Presiden REDEEMS Datuk Peter Nansian Ngusie baru-baru ini.