Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kejohanan Dunia: Aaron – Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir
  • SUKAN

Kejohanan Dunia: Aaron – Wooi Yik wakil tunggal Malaysia ke separuh akhir

Utusan Sarawak 2 years ago
Juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark.

Beregu lelaki utama negara yang berada pada ranking keempat dunia itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China untuk mengesahkan kemenangan 21-10, 15-21 dan 21-14, dalam perlawanan 50 minit yang berlangsung di Royal Arena awal pagi tadi. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu akhirnya berjaya membalas dendam ke atas Yu Chen-Xuan Yi selepas pernah ditewaskan sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada Terbuka Indonesia 2022, Jelajah Dunia 2022 dan Terbuka Malaysia 2023. 

Pada aksi separuh akhir petang nanti, Aaron-Wooi Yik akan melakukan perhitungan dengan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, selepas mereka menunjukkan jalan keluar kepada gandingan berpengalaman Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia, 21-19 dan 21-17. 

Semalam, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah terkandas pada pusingan suku akhir selepas tunduk kepada pasangan China Zhang Shu Xian-Zheng Yu, 17-21, 21-17 dan 21-19. 

Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pula ditewaskan pemenang pingat perak edisi lepas Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, 11-21 dan 11-21. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bonnie pecah rekod dunia lagi
Next: Skuad hoki wanita tempah tiket ke edisi sulung Piala Dunia HOKI 5’s

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.