Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keindahan semula jadi Pantai Belawai jadi tarikan
  • Selatan
  • WILAYAH

Keindahan semula jadi Pantai Belawai jadi tarikan

Utusan Sarawak 1 month ago
SANTAI… Para pengunjung bersantai semasa berkunjung ke Pantai Belawai, baru-baru ini, .

BELAWAI: Keindahan semula jadi Pantai Belawai terus menjadi tarikan utama penduduk sekitar dan pengunjung dari luar daerah sempena cuti Aidilfitri.

Dikenali dengan pantai yang luas dan suasana damai, pantai ini menjadi pilihan ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Suasana di sekitar pantai meriah dengan aktiviti barbeku secara santai oleh para pengunjung, menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak resort.

Tidak kurang juga yang memilih untuk bersantai di bawah pokok sambil menikmati angin laut yang nyaman.

MARK Raphael

Bagi Mark Raphael yang berusia 20 tahun dari Taman Susur Jambu, Sarikei, kunjungannya ke Pantai Belawai menjadi agenda tahunan bersama keluarga.

“Setiap kali cuti musim perayaan, kami pasti akan ke sini. Suasana tenang dan angin laut memang seronok untuk berkumpul ramai-ramai.

“Lebih-lebih lagi, dengan adanya Jambatan Batang Rajang, jarak perjalanan dari Sarikei ke sini jauh lebih singkat,” katanya.

Sementara itu, Ballon Budol, 65, dari Sare, Sarikei menyifatkan pantai itu sebagai lokasi ideal untuk melepaskan penat bersama keluarga.

BALLON Budol

“Saya suka bawa anak-anak saudara dan cucu-cucu berjalan-jalan dan menikmati pemandangan di Pantai Belawai.

“Tak payah pergi jauh pun, di sini dah cukup menenangkan,” katanya.

Sambutan yang menggalakkan itu jelas menunjukkan Pantai Belawai bukan sahaja menjadi tempat bersantai, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam suasana yang penuh ceria dan damai.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf Sungai Merah Heritage Walk sokong pembangunan, peningkatan aktiviti
Next: Dua jambatan besi atasi isu banjir di flat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.